![]() |
| Pak Anjang berpindah ke ........ |
Mereka telahpun meninggalkan kita. Ada yang meninggalkan kita kerana berpindah rumah, ada yang meninggalkan kita buat selamanya dan ada juga yang meninggalkan kita begitu saja saperti Sdr Anjang pengusaha Bas Sekolah di Desaria yang hilang tanpa khabar berita ....
| Tuan Hj Azuddin Sham |
Nampak gayanya warga Desaria juga akan kehilangan orang kuat Persatuan Penduduk (Naib Yang Di Pertua) yang banyak menabur jasa dan bakti pada persatuan dan masyarakat di sini.
Khabarnya beliau akan berhijrah tidak lama lagi ke sebuah perumahan yang menjadi Impian beliau selama ini.
| Sdr Ekhmerizal akan berpindah |
Seorang lagi Ajk Persatuan Penduduk (kanan) juga khabarnya akan berpindah tidak lama lagi. Pak Tom dimaklumkan rumah yang sedia ada akan di jadikan Homestay. Buat masa ini ada Rizal Homestay (Jln 8), Kamelia Homestay (Jln 19), Zali Homestay (Jln 20) dan Elisha Homestay (Pak Tom) Jln 20 Semakin meriahlah Desaria hehe.
| Sdr Roslan Atan AJK Surau |
Ini sahabat baik dan jiran hadapan Homestay Pak Tom, Sdr Roslan Atan yang juga akan berpindah ke sebuah kawasan perumahan esklusif di Pajam.
Sdr Roslan adalah Pengerusi Tabung Khairat Kematian Surau Desaria dan beliau dijangka dapat menyambut Hari Raya Puasa Tahun ini di rumah baru.
![]() |
| Sdr Yus sebak terkenang rakan |
(Kanan) Sdr Yus ketika menziarah sahabat warga Desaria yang telah pergi buat selamanya. Sahabat baik Pak Tom ini adalah Saudagar Max Oil dan Pemilik Rangkaian Gerai Makanan Bajet Menu 1Malaysia.
![]() | |
| Sdr Azhar |
Begitu juga dengan Sdr Azhar yang tetap mengingati warga Desaria yang pergi buat selamanya. Al- Fatihah buat mereka.
Gambar ketika di Kawasan Tanah perkuburan Kondok Labu. Ini adalah tempat perkuburan yang dikhaskan untuk Warga Desaria.
Siapa yang tak kenal Tn Hj Salleh atau nama jolokan beliau - The Cycling Tiger. Setiap pagi selepas solat subuh beliau akan mengayuh basikal mengelilingi Desaria. Pak Tom dimaklumkan yang beliau akan berhijrah ke Kampung Panchang Lubok Cina Melaka. Dikhabarkan rumah beliau merupakan mercu tanda di kampung tersebut kerana keunikan senireka rumah tradisional. Hai ...Hilanglah sahabat baik Pak Tom yang kerap minum petang bersama di Warung Roti Canai Mantin




0 comments:
Post a Comment