25 May 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah Buat Puan Asmi AJK Persatuan Penduduk Desaria

Majlis Doa Selamat Dan Kek Yang Tertera 'Selamat Berangkat'  Di Surau Desaria Pada 24 Mei 2012 Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan Pemergian Ke Tanah Suci Mekah Buat Puan Asmi Mior Abdul Jalil - Seorang Pendidik Di SMK 2 Yang Berasal Dari Parit Perak - orang Parit ropernya!

Anugerah KRT Martabatkan Penglibatan Warga Desaria Dalam Skim Rondaan Sukarelawan

Kanan - Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Yusof Awang Hadir Bagi Pelancaran Rakan Cop.  (Kiri) Tuan Mohd Khalil Bin Ahmad Pengarah JPNIN Negeri Sembilan Turut Menyampaikan Sijil Penghargaan Kepada Anggota KRT

Krt Desaria Memenangi 2 Anugerah Dan Wang Tunai Dari JPNIN Negeri Sembilan


Syabas KRT Desaria kerana memenangi Anugerah 
KRT Cemerlang (RM 1000) dan Anugerah Projek
Inovasi Terbaik (RM 1000) Peringkat N.Sembilan


17 May 2012

Kejadian pecah rumah di Jalan 4

16 Mei 2012 
Satu kejadian pecah rumah berlaku di Jalan 4 awal pagi ini. Perompak dipercayai melompat tembok batu di belakang rumah sebelum mengumpil lidah pintu grill. Mangsa seorang wanita yang ketika itu berseorangan sedang tidur sebelum dikejut
dan diacukan dengan parang. 

Perompak yang menutup muka mereka dipercayai terdiri dari 3-4 orang warga asing telah melarikan sebuah komputer riba, telefon bimbit dan sejumlah wang ringgit.





14 May 2012

MALAM ANUGERAH KRT DESARIA - RAPTAI


video

Persembahan Gimik dari Polis Nilai berkaitan satu 'Kejadian Samun' di mana anggota telah mempamerkan kehebatan aksi mereka dalam raptai ini .....pastinya peragut akan gerun melihat gimik ini
yang menjadi acara kemuncak pada Malam KRT Desaria 12 Mei 2012

18 April 2012

Fenomena Orbs dan Makhluk Halus Di Desaria?

Paranormal mendakwa Orbs cenderung menampakkan diri di rumah kosong dan ketika hujan. Orbs yang merupakan lingkaran bulat kecil dipercayai sebagai penampilan hantu atau makhluk halus oleh paranormal.
Ini pula Orbs di Desaria. Samada betul atau tidak terpulanglah pada anda untuk menilainya. Ingin maklumat berkaitan Orbs Klik Di Sini

Gambar Obrs dirakam semasa hujan lebat dan di sebuah rumah kosong

17 April 2012

Kunjungan Mesra Rombongan KRT Kg Kuala Abang Dungun Terengganu Ke Desaria

15 April 2012 - Pengerusi KRT Desaria Tuan Haji Mohammed Yusoff Said mengalukan kedatangan rombongan seramai 40 orang dari KRT Kg Kuala Abang Dungun dalam satu Majlis ringkas. Selain merapatkan silaratulrahim di antara KRT, Majlis turut berkongsi dan bertukar pandangan berkaitan aktiviti Rukun Tetangga setempat.
Pengerusi KRT Desaria Tuan Hj Yusoff Said dan Pengerusi KRT Kg Kuala Abang Sdr Abdullah bertukar cendera hati sebelum perlawanan bola sepak persahabatan
Skuad Anak Penyu Dan Skuad Anak Rusa Bergambar Sebelum Perlawanan
Skuad Anak Penyu Turut Membawa Penyokong Setia


Hobin Jang Hobin ! Anak Rusa (jersi merah) tewas 0-2 dengan Anak Penyu

12 April 2012

Al - Fatihah Zamri Bin Mat Din

Saudara Zamri (42 tahun) Jalan 13 telah kembali ke Rahmatullah pada 11hb April 2012 jam 4.55 petang dirumahnya di Desaria setelah beberapa bulan menderita akibat penyakit kanser hati. Jenazah telah dibawa dari rumah di Jalan 13 ke Masjid Nilai Putra untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Pulau Labu pada jam 9.30 malam. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak.
Al-Fatihah buat sahabatku.  Semoga Allah mencucuri rahmat kepada hamba-Nya yang telah kembali ke pangkuan-Nya.

Sdr Zamri ketika di Hospital Selayang menerima rawatan
Arwah juga aktif dalam Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga

28 March 2012

Laluan 'Terbang' Nilai Impian-Desaria

Kejadian 'terbang' pagi ini dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan terbabas dan melanggar beberapa bongkah batu besar sebelum 'merehatkan diri' di bawah sebatang pokok besar berhampiran kilang Myangri. Pemandunya seorang warga asing tidak mengalami sebarang kecederaan

Ini adalah kemalangan terbang ke 2 dalam tempoh 2 minggu di laluan yang sama. Pada 14hb Mac 2012 sebuah kenderaan (kiri) terbabas dan terbalik. Pemandunya Dr Rauf (Klinik Rauf) Desaria tidak mengalami kecederaan serius.

26 March 2012

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Ke 8

Apa yang jelas sikap kematangan yang ditunjukkan ahli ketika membahas sesuatu usul atau cadangan. Syabas semua!

Program 10,000 langkah telahpun bermula dengan pembinaan trek Bolehlah warga Desaria terus bersenam dengan gayanya - Ydp Tuan Hj Yusoff Said
Isu Panas Terus Berbangkit - Tapi Mereka Membahasnya  Tanpa Menurut Emosi Syabas Tuan Hj Zakaria, Tuan Salihin & Tuan Razak
Kalau macam ini kita buatlah pengundian terbuka.
Okay Kita Ikut Pandangan Majoriti
Banyaknya Perkara Berbangkit ...Bila nak tamat mesyuarat macam ni.
Semuanya Ok. Persatuan,Penduduk, Makanan Semuanya OK

22 March 2012

5 BERSENJATAKAN PARANG SAMUN KETIKA AZAN SUBUH BERKUMANDANG

22 Mac 2012 - Satu keluarga di Jalan 2 yang sedang siap sedia untuk bersolat subuh terkejut apabila 5 orang penjenayah bersenjatakan parang panjang dan menutup muka menyerbu masuk ke rumah mereka dari pintu belakang.
Penjenayah yang telah memotong rantai dan mangga pintu terlebih dahulu kemudian mengikat mangsa  sebelum menyamun mereka. Kerugian wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas telah dilapurkan.
Ini adalah kejadian samun bersenjata yang ke 2 di Desaria dalam tempuh sebulan dan kejadian kali ini juga berlaku ketika subuh.

21 March 2012

UBAH WANG HARAM

 Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.
 ...BACA SINI



Ini pula UBAH WAKTU BUANG SAMPAH di Desaria. Pada kebiasannya sampah di taman perumahan ini dikutip sekitar jam 4-5 pagi. Sejak akhir ini sampah dikutip pula sekitar jam 1-3 petang. Bukan saja jalan jalan kelihatan kotor tapi bau longgokan sampah basah juga boleh tahan. Juga menyusahkan kenderaan yang lalu lalang apabila longgokan sampah itu lambat dikutip. Nah...siapa ekk nak didakwa kali ini?

14 March 2012

BREAKING NEWS - DR RAUF KEMALANGAN

 14 Mac 2012 - Kemalangan berlaku sekitar jam 10 pagi apabila kenderaan yang dipandu beliau terbabas dan melanggar pokok ketika cuba mengelak sebuah kenderaan yang secara tiba tiba membelok kanan menuju ke Nilai Impian. Dr Rauf yang membuka Klinik Rauf di Desaria telah dikejarkan ke Hospital KPJ Seremban akibat kecederaan di bahagian dada beliau. Anak saudara lelaki beliau (16 tahun) turut mengalami kecederaan di bahagian belakang dan kepala.

Kereta dipandu beliau terbabas dan melanggar pokok ketika cuba mengelak kenderaan lain yang membelok secara tiba tiba
Kita doakan agar Dr Rauf dan anak saudara beliau cepat sembuh dan kembali ke Klinik Dr Rauf di Desaria

12 March 2012

Warga Desaria Mula Terima BR1M

Warga Desaria yang menerima BR1M pastinya gembira setelah agak kelewatan menerimanya. Pemberian baucer BR1M RM 500 telah disampaikan oleh En Yee Hee Loong (Ahli Majlis MPN) di dewan MPN Nilai pada 7 Mac 2012.

Pada kerajaan kami ucapkan ribuan terima kasih atas pemberian BR1M

07 March 2012

2 Wakil KRT Desaria Hadiri Kursus Asas Keselamatan Pengendalian Skim Rondaan

Ketua KRT Desaria Tn Hj Yusoff Said dan Ketua Unit Keselamatan KRT Desaria Sdr Sufia Abd Rahaman ketika menghadiri kursus

Rakan Cop akan dilancarkan di Desaria tidak lama lagi bagi memudahkan  warga Desaria menyalurkan sebarang maklumat ke pihak Polis melalui pesanan ringkas SMS. 

Komen Pak Tom - Di Desaria pun ada Rakan Desaria. Semua maklumat keselamatan kawasan akan disalurkan melalui pesanan khidmat SMS untuk ahli Ronda. Jadi tunggu apa lagi? Siapa yang belum lagi masuk Ronda Jom Turun Ronda hehe

05 March 2012

CUBAAN PECAH RUMAH JALAN 12 GAGAL PAGAR 4 BUAH RUMAH DIPOTONG

Sekali lagi Desaria dikejutkan dengan kejadian pecah rumah. Kali ini membabitkan 4 buah rumah apabila pagar di belakang rumah mereka dipotong namun pencuri gagal memasukki rumah. Dipercayai kejadian berlaku sekitar awal pagi 3hb mac 2012 tanpa disedari penghuni. Hasil siasatan awal pihak KRT, didapati besar kemungkinan cubaan pecah rumah tersebut gagal disebabkan kehadiran ramai ahli ronda dan kekerapan rondaan KRT pada awal pagi Sabtu itu.

Warga Desaria perlu lebih
berwaspada dan memastikan
pintu tingkap rumah dikunci
Kejadian terakhir pecah rumah berlaku pada 24 Feb 2012 apabila penghuni rumah di Jalan 9 diikat sebelum disamun wang tunai, barang kemas, beberapa telefon bimbit dan komputer riba setelah rumah mereka dipecah masuk melalui pintu belakang rumah pada jam 5 pagi. 
      Pencuri turut menggunakan tong gas bagi memecah pintu masuk bilik tidur.

27 February 2012

WARGA DESARIA BERHIJRAH?

Pak Anjang berpindah ke ........

Mereka telahpun meninggalkan kita. Ada yang meninggalkan kita kerana berpindah rumah, ada yang meninggalkan kita buat selamanya dan ada juga yang meninggalkan kita begitu saja saperti Sdr Anjang pengusaha Bas Sekolah di Desaria yang hilang tanpa khabar berita ....

Tuan Hj Azuddin Sham




Nampak gayanya warga Desaria juga akan kehilangan orang kuat Persatuan Penduduk (Naib Yang Di Pertua) yang banyak menabur jasa dan bakti pada persatuan dan masyarakat di sini.
Khabarnya beliau akan berhijrah tidak lama lagi ke sebuah perumahan yang menjadi Impian beliau selama ini.
Sdr Ekhmerizal akan berpindah







Seorang lagi Ajk Persatuan Penduduk (kanan) juga khabarnya akan berpindah tidak lama lagi. Pak Tom dimaklumkan rumah yang sedia ada akan di jadikan Homestay. Buat masa ini ada Rizal Homestay (Jln 8), Kamelia Homestay (Jln 19), Zali Homestay (Jln 20) dan Elisha Homestay (Pak Tom) Jln 20 Semakin meriahlah Desaria hehe.
Sdr Roslan Atan AJK Surau




Ini sahabat baik dan jiran hadapan Homestay Pak Tom, Sdr Roslan Atan yang juga akan berpindah ke  sebuah kawasan perumahan esklusif di Pajam.
Sdr Roslan adalah Pengerusi Tabung Khairat Kematian Surau Desaria dan beliau dijangka dapat menyambut Hari Raya Puasa Tahun ini di rumah baru. 
Sdr Yus sebak terkenang rakan






(Kanan) Sdr Yus ketika menziarah sahabat warga Desaria yang telah pergi buat selamanya. Sahabat baik Pak Tom ini adalah Saudagar Max Oil dan Pemilik Rangkaian Gerai Makanan Bajet Menu 1Malaysia.
Sdr Azhar 


Begitu juga dengan Sdr Azhar yang tetap mengingati warga Desaria yang pergi buat selamanya. Al- Fatihah buat mereka.

Gambar ketika di Kawasan Tanah perkuburan Kondok Labu. Ini adalah tempat perkuburan yang dikhaskan untuk Warga Desaria.


Siapa yang tak kenal Tn Hj Salleh atau nama jolokan beliau - The Cycling Tiger. Setiap pagi selepas solat subuh beliau akan mengayuh basikal  mengelilingi Desaria. Pak Tom dimaklumkan yang beliau akan berhijrah ke Kampung Panchang Lubok Cina Melaka. Dikhabarkan rumah beliau merupakan mercu tanda di kampung tersebut kerana keunikan senireka rumah tradisional. Hai ...Hilanglah sahabat baik Pak Tom yang kerap minum petang bersama di Warung Roti Canai Mantin

23 February 2012

KEJADIAN PECAH RUMAH DI JALAN 9

24 Feb 2012
Satu kejadian pecah rumah berlaku di Jalan 9 sekitar jam 5 pagi ini. Menurut mangsa penjenayah telah memotong jeriji pintu belakang rumah sebelum menaiki ke tingkat atas dan memecah pintu bilik dengan menggunakan tong gas. Perompak yang didakwa bertutur dalam bahasa asing telah berjaya melarikan barang kemas, wang tunai dan beberapa buah telefon bimbit dan laptop milik mangsa.

1. POLIS di tempat kejadian. 2. Pintu belakang rumah yang dipotong. 3. Pintu grill dapur - beberapa batang grill dipotong 4. Selain anjing pengesan POLIS, pakar Forensik KRT Desaria Sa'amri susul membuat siasatan hehe!

22 February 2012

BR1M - Warga Desaria semak sekarang status permohonan anda. Cepat jangan 'tak dapat'.

Kalau tak dapek ...tak dapek
aden nak tolong 


Ingin tahu samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak Jom Cari orang sebelah kiri ini. Bagi Warga Desaria anda pasti mengenali beliau. 

Pak Tom berkesempatan bertemu beliau di Azman Cafe dan diberitahu ramai yang akan menerima BR1M dalam masa terdekat ini.

Pastikan anda menyemak nama 
anda di BUKU HIJAU dan 
bukannya di BUKU JINGGA hehe





Beliau adalah YDP Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria Tn Hj Mohd Yusoff Bin Said. 

Buat masa ini ke mana saja beliau pergi pastinya BUKU HIJAU akan dibawa bersama bagi memudahkan mereka yang ingin membuat semakan. Boleh dikatakan 90% permohonan telahpun diluluskan.

21 February 2012

Where Did I Come From ?

PENGERUSI Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh menunjukkan isi kandungan sebuah buku yang bertajuk 'Where Did I Come From' yang mengandungi unsur-unsur lucah ketika sidang media berhubung penjualan buku kanak-kanak yang mengandungi unsur kelucahan di Kuala Lumpur, semalam.
Teringat Pak Tom Pelakon Mahmud June Sebagai Pak Maon Dalam Filem Nasib Do Re Mi. Kononya Sedang Membaca Buku Sejarah Hang Tuah Tetapi Di Sebaliknya Sedang Membelek Gambar Gadis2 Seksi Yang Di Tampal Dalam Buku Latihan.